Wednesday, December 3, 2008

CINTA KEPADA ALLAH MEMBAKAR DAN MENGHANGUSKAN CINTA YANG LAIN...( Syed Alwi )
Tauhid itu memutuskan hatimu dengan tiap-tiap makluk dan menyatukan hatimu hanya dengan ALLAH... ( Syed Alwi )
Wahai hambaKU!!! Sesungguhnya tempat engkau berdiri hanyalah disisiKU, dan tiada lagi disini segala sesuatu melainkan AKU, tiada yang wujud melainkan AKU, disini AKU dirikan rumahKU, dan AKU pagarinya dengan kasih sayangKU, dan pemeliharaanKU...( Syed Alwi )
Wahai hambaKU!!! Tempat engkau bukan disini, bukan disisi mimbar-mimbar masjid, dan bukan disisi kubur-kuburan manusia yang mati, dan tempat engkau bukan disisi malaikat-malaikat KU, AKU tegaskan lagi kepadamu bahawasanya tempat engkau berdiri bukan disana, bukan disisi nabi-nabiKU, dan bukan disisi wali-waliKU, dan bukan disisi segala sesuatu daripada kun alam semesta ini, samada yang duniawi ataupun ukhrawi.... ( Syed Alwi )

Sunday, October 12, 2008

AKUlah(ALLAH), nikmat yg hakiki, dan sesungguhnya sedikit sahaja hamba2KU yang bersyukur....
" Ingatlah bahawa kebanyakan amalan kamu umpama jasad yang tiada bernyawa. Roh itu ialah ikhlas dan tauhid serta menetapkan diri diatas Kitab Allah Azza Wajalla & Sunnah RasulNYa" - Syeikh Qadir Jailani RA.